Ianya boleh jadi perkara membosankan kerana kebanyakkan dari pelajar tak minat / tak mampu bawa pelajaran akademik yang ada. Sebab itu semakin ramai pelajar yang ponteng, lari sekolah, dan macam-macam lagi tabiat yang ada.
KOLEJ KEMAHIRAN
Hanya dengan jurusan yang dipilih sahaja pelajar akan belajar. Tiada lagi akademik seperti di sekolah. Pembelajaran berasaskan industri sebenar yang sebenar. Semua asas dalam bidang tertentu akan dipelajari dan dikuasai. Di sini ibu ada bagi contoh gambar supaya semua boleh lihat apa yang di lakukan di kelas.
GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN.
Kemahiran memasak yang pasti menguji kreativiti, kepakaran, dan kepantasan. Ala master chef.
Kimpalan logam yang pasti membuatkan kita teruja dengan sesuatu yang mencabar diri ke tahap yang lebih tinggi.
Bidang automotif. Cara ' hands on' begini la kita akan belajar di kolej nanti. Tiada lagi duduk sahaja di kelas dan buka buku.
Seronok nya la kalau kelas macam ni
Ha ni pulak kelas menjahit. Lepas ni boleh la jahit baju raya untuk ibu pula.
Dekat rumah mesti ada aircond. Lepas belajar boleh la servis sendiri. Mula kecil-kecilan lepas tu servis rumah jiran pula.





No comments:
Post a Comment